Sunday, October 2, 2011

"HARGAI SEBELUM MEREKA TIADA"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.


9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Tuesday, September 13, 2011

Skrip Untuk Persembahan Di Ambang Kemerdekaan 54 kem PLKN Nasuha Pagoh

Skrip Sketsa “DI AMBANG MERDEKA ”
PERJUANGAN BELUM SELESAI
BABAK 1

“Pernaklukan Komunis di bumi malaya mungkin belum bergitu meluas sehingga ke kawasan kg tualang , dengan Suasana Tenang Di Kampung selalunya di selang selikan dengan kehijauan flora dan fauna yang mengindah dengan kicauwan burung-burung berbunyi riang ria di halaman kampung ……..“

Bapak :
Ton oh ton…. Bawakan sedikit minuman sejuk , minta di hidangkan ,
supaya anak Sulung kita pulang dari berkebun ,boleh lah menghilangkan sedikit rasa dahaga ……

Emak :
Baik abang…..
(sambil membawa hidangan minuman yang di minta oleh bapaknya , kemudian Si emak duduk si sebelah bapaknya dan berborak-borak )

Bapak :
Terima Kasih Ye ton , (sambil minum sedikit air yang di hidang) Ton , ton , abang rasa macam tak sedap hati lah hari ni.. rasa macam ada sesuatu yang tak baik je belaku hari nie….

Emak :
Apa abang merepek nie , abang nie buat ton memikirkan tentang peristiwa kat umah keluarga abah je , jangan lah di pikirkan yang bukan-bukan abang ….

Bapak :
Hurm … yelah mungkin mainan perasaan je rasanya….. mudah-mudahan tiada apa-apa yang belaku…





“Dalam rancak berborak-borak , kepulangan anak sulung yang di tunggu sejak tadi hadir di keheningan waktu petang yang tenang………”

Sulung :
Assalamualaikum…. Oh Assalamualaikum……. Emak …. Bapak…. Sulung sudah pulang nie….( Sulung berjalan dari tengah-tengah pentas dan bergerak menuju ke atas pentas )

Bapak & Emak :
Waalaikumsalam…..
( Sambil bapak & emak bangun menyambut kepulangan anak sulung bernama sulung naik ke tangga rumah )

Sulung :
Bapak , mak tadi semasa pulang dari tempat berkebun , sulung Nampak sekumpulan komunis sedang memukul anak muda yang berkumpul , mereka takut anak-anak muda mewujudkan kumpulan menentang Komunis pak ,

Bapak :
Nasib lah kamu tidak terlibat sama , hurm……..(sambil mengeluh)

Emak :
Kenapa abang mengeluh nie , mesti ada sesuatu yang di pikirkan di kepala .

Sulung :
Ha ah , pak kenapa mengeluh nie , kalau ada sesuatu nak di katakana bagitau sahaja lah pak ,

Bapak :
(dengan nada emosi )Bapak nie mengenangkan nasib Negara kita nie , adakah Negara kita ini akan mendapat kebebasan tanpa di jajah oleh golongan penjajah nie . ya allah bantulah kami ya allah .. (mengeluh )

(sambil mengenang nasib)



Emak :
Sulung kamu tak Nampak adik kamu ke semasa pulang ke rumah tadi , dari tengah hari tak Nampak Nampak .

Sulung :
Entah lah mak sulung tak perasan pula , mungkin masih ada di pondok bersama rakan-rakan nya.

Orang Kampung :
Orang kampung lari… lari… lari…. komunis datang lari lari …….

‘orang kampung lari dari arah kanan ke kiri pentas , menandakan kekacauan kerika kedatangan komunis ke kawasan kampung tualang…..’’

Emak :
Ya Allah , abang komunis dah sampai kampung kita abang , apa nak buat nie
(dalam keadaan cemas)

Bapak :
Dah … dah masuk dalam rumah kunci semua pintu ton , sulung masuk cepat .. masuk…. (dalam keadaan emosi , mengarahkan ton dan sulung masuk ke dalam rumah, tetapi sulung tertinggal barang di halaman rumahnya )

“Dalam keadaan haru biru orang kampung berkeliaran lari , keluarga Rahmat hanya mampu menyorokkan diri di dalam rumah , hanya ALLAH yang mengetahui betapa takutnya mereka dengan kuasa komunis yang tidak mengenal erti peri kemanusiaan ,komunis datang kerana mencari anak muda lelaki untuk di pancung kerana komunis menjangkakan anak muda lelaki akan membuat pakatan untuk menentang komunis , AKHIRNYA………..komunis tiba di kawasan rumah Keluarga Rahmat dalam keadaan marah dan mencari-cari”

*komunis berkomunikasi dalam pelat melayu – cina….

Ketua Komunis :
Kamu periksa ini rumah , kalau ada orang bawah itu semua orang keluar ,

“setelah di periksa , rahmat dan zaiton di bawa keluar , kecuali sulung kerana menyorok tempat tersembunyi “

Bapak :
Tolong tuan kami tak ada apa-apa harta tuan , kami miskin tuan …

Emak :
Ya Tuan kami miskin tuan .

Pembantu Ketua Komunis :
Kami datang mahu cari orang muda lelaki ,

Emak & Bapak :
(saling berpandangan) kami tiada anak tuan , kami hanya hidup berdua tuan kami tiada anak tuan .

Pembantu Ketua Komunis :
Betul kamu tiada anak muda lelaki ? kalau kamu bohong kamu akan di pancung kepala kamu tau .

Bapak :
Betul tuan kami tiada anak .

Orang Bawahan Komunis :
(sambil mengambil sesuatu kepunyaan sulung yang menandakan rahmat dan zaiton menipu , sambil berbisik kepada pembantu komunis)

Pembantu Ketua Komunis :
(Berbisik kepada ketua komunis , tentang pembohongan rahmat dan zaiton berkenaan anak lelaki mereka iaitu sulung)

Ketua Komunis :
Kamu sangat berani berbohong dengan tentera komunis , kamu sendiri tahu balasan pada mereka yang berbohong dengan tentera komunis

“ketua komunis mengarahkan orang bawahan nya untuk memancung kepala rahmat dan zaiton , ketika itu juga sulung hanya memerhatikan peristiwa itu di hadapan matanya dibalik tempat persembunyianya , dikala itu juga rahmat dan zaiton diperlakukan seperti binatang di sepak terajang tanpa belas kasihan , sulung tidak dapat menahan lagi api amarahnya dan sulung bertindak tanpa pikir panjang”

Sulung :
Woi…. (sulung ditangkap oleh orang bawahan komunis)
Anjing komunis jangan kau fikir komunis akan dapat menakluk Malaya ini dengan senang , kami orang-orang Malaya akan pertahan kan Malaya ke titisan darah yang terakhir sekali pun .. pergi jahaman dengan kau komunis lahanat ,
Allah Huakbar

Ketua Komunis :
Tangkap orang muda itu , ikat tangan mereka bertiga pancung kepala mereka
Pancung kepala mereka… ha ha ha ha ha….

“diketika itu , rahmat zaiton dan sulung telah di ikat dan akan dipancung ”

Bapak Zaiton :
Allah Huakbar , Allah Huakbar ,

Sulung :
(Sulung menjerit sekuat hati , melihat mak dan bapaknya di pancung tentera komunis)
Makkkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkk . Perjuangan Belum Selesai….

“selepas menjerit ayat perjuangan belum selesai akhirnya sulung di pancung…… kemudian orang-orang komunis beredar meninggal kan mayat-mayat rahmat zaiton dan sulung…..”



BABAK 2

“Disuatu sudut yang lain kelihatan lima rakan-rakan yang muda belasan tahun , sedang belajar dan berborak tentang cita-cita pada masa hadapan”

Ejah :
Ajak.. nanti kalau ko dah habis belajar , ko nak keje ape eh….

Ajak :
Aku kalau ditakdirkan panjang umur kan , aku nak kawin dengan anak orang kaya dulu , pastu aku tak payah keje dok umah je , mesti bapak mertua aku bagi duit punya hahahahaha…

Malik :
Wei ejah … ko Tanya si ajak nie tak ada maknanya , belajar pun malas lagi nak kawin anak orang kaya puieeee….

Saripah :
Ha ah lah malik betul cakap ko tu aku setuju .. si ajak nie kalau kita Tanya apa-apa bukan nye nak jawab betul betul nak main-main je kejenye. Panjang umur lah kawin anak orang kaya lah… apa pun tak boleh lah ko nie jak…..

Samad :
Apa lah korang nie tak baik cakap macam tu pada ajak , dia pun ada hati dan perasaan , setiap orangkan ada cita-cita masing-masing… biarlah dia nak bercita-cita nak kawin dengan anak orang kaya , kesian dia tengok muka dia dah berubah dah nak nangis dah ajak nie ….. dah dah ajak ala ala ala majuk pulak dah…. Tapi kan jak bila pikir balik tentang cita-cita ko nie , siapa yerk anak orang kaya malang yang nak jodohkan anak dia dengan ko yerk…
(sambil menolak samad ketepi sehingga jatuh ke bawah kerusi , dan mereka semua ketawa tanpa henti…)

Ajak :
Alah samad ko sama je macam dia orang nie… (muka merajuk )

Saripah :
Wei… korang korang … umo kita dah dekat 18 tahun erk …. Dah besooo erk kita semua erk …

Malik :
Ha ah kan … dah beso kan kita semua … sebaya plak tu hahaha…

Ajak :
Samad…. Si leman mana , kan ko selalu dengan dia , hari nie ko tak datang dengan die pulak mad kenapa ?

Samad :
Entahlah jak aku datang rumah dia tadi tapi , mak dia cakap dia tak ada kat rumah , aku pun terus ke sini , kejap lagi datang lah tu , bersabar yeee, , ,

“Leman terkenal dikalangan rakan-rakan kerana gurauan yang boleh bikin pecah perut tetapi ketika itu , Dalam keadaan riuh rendah di sebabkan gelak ketawa lima rakan-rakan tadi tiba-tiba mereka semua terdiam kerana kedatangan Leman dalam keadaan kalang kabut dan tak tentu arah , semuanya terdiam ”

Leman :
(Terdengar dari jauh suara leman memanggil samad…)
Samad…. Samad… samad……
(Leman jatuh di hadapan samad)

Malik , Ajak , Ejah & Saripah :
Leman kenapa nie . apa masalah nie . kenapa ketakutan sangat nie … bagi tau lah…



Samad :
Man kenapa nie … bagitau pelahan-pelahan , kami dengar penjelasan kau…

Leman :
(Leman dalam keadaan menangis , ketakutan)
Samad aku nak bagi tau pekara sedih pada kau nie , harap kau bersabar ,

Samad :
(Samad tak senang dengan kenyataan leman)
Kenapa nie man , aku dengar nie bagi tau lah…

Leman :
(Sambil mencekak baju samad)
Mad… bapak kau emak kau abang sulung ko kena pancung dengan komunis mad….

“setelah mendengar kenyataan leman , samad naik marah dan menumbuk leman sehingga leman jatuh ke tanah semula , dan mereka bergaduh tetapi di asingkan oleh malik ,ajak , saripah , ejah…..”

Samad :
Leman kita kawan dah lama kau jangan nak bergurau gila dengan aku macam nie man , jangan sampai pekara nie boleh buat kita putus hubungan sahabat man…

Leman :
Mad aku tak akan gurau dengan perkata bodoh macam ni samad … tapi apa aku cakap nie pekara betul mad … tadi aku nak datang sini aku tegerak nak lalu depan rumah kau , apa yang aku Nampak komunis sedang menyerang keluarga kau , sampai lah bapak kau emak kau dengan abg sulung kau kena pancung mad…. Aku terus datang sini nak bagi tau kau mad , kalau ko tak pecaya pergi rumah kau sekarang ..
“Mereka ber enam bergerak kearah rumah samad”

Malik , ajak , Saripah Dan Ejah :
Aku nak ikut jugak….

BABAK 3

“Mereka sampai ke kawasan rumah Samad ,dan …….”

Samad :
Makkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkkkkk , Abangggggggg
(Samad menjerit sekuat hati ,)
Komunis tak guna , kurang ajar , aku bunuh kau komunis sial……
(berlari turun ke tengah pentas , tetapi di tahan oleh leman dan malik)

Malik :
Mad bawah bersabar mad aku pun geram dengan komunis tu tapi kita kena fikir , mampu ke kita nak menentang komunis ,

“Sedang masing-masing mencari kain-kain untuk menutup jenazah rahmat , zaiton dan sulung , kedengaran dari jauh suara komunis datang ke kawasan rumah samad , rupa-rupanya orang-orang bawahan komunis telah mengintip pergerakan mereka bersahabat dan telah memberitahu kepada ketua komunis bahawa ramai anak muda berkumpul dan pelu di pancung kepala mereka , dan akhirnya komunis berada di rumah samad dan mulalah pergaduhan dan peristiwa berdarah ……..”

Samad :
Komunis Lahanat aku bunuh kau

‘’samad menyerang komunis , tetapi di tahan seorang demi seorang rakan-rakan samad di ikat tangan dan di pancung kepala sehinggalah giliran samad yang terakhir…..’’

Samad :
Perjuangan Belum Selesai Allah Huakbar…… Zasssssss


“PERJUANGAN BELUM SELESAI”

Sunday, June 26, 2011

thak adhe nye pun sangkhe kan nyee....

tu tun tu tun...... sms masuk...... ,"wah satu peluang tidak boleh di lepaskan" persembahan depan sape kah ? hokey... dengan pantas buat keputusan gerak KL kemas kemas tapi sebelum tu...

ASSALAMUALAIKUM...... tajuk [post nie mcm atas tu baca cemule nye pun kan adui...}

sampai kl terus di beri lirik lagu tajuk lagi nye begini kah nye...

- ;lagu rasmi PPP "maksud PPP : tak tau "
- lagu rasmi BARISAN NASIONAL
- lagu negaraku
- lagu 1 malaysia versi LIM KOK WING

latihan vokal dan step sampaiu tertidor nye pun esok pagi2 dah gerak ke RTM angkasapusi .. sampai sana perkenalan dengan rakan2 koir .. yg hevok hevok ... kesepotingan nye pun ebest sangat haaaaaaaaaaa sempooooot.....

pastu gerak naik van ge PWTC sampai sana yang pertama aku nampak BENA gmbr PM dgn preseden PPP dalam hatiku... "koir depan PM ke ... hah" masuk dalam dewan... ha ha hambik ko depan PM koir nye huhu..... berkobar2 tu.... reaseal berkali-kali manyak syok poooo..... tetiba.... " DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERHORMAT ..... peeeeh depan mata paling dekat awok nampak PM selalu dari jauh je nie dekat2 ooooo... teruja jugakk nyeee pun...

pastu koir sama2........ habis koir ... rerami ge M.velly "betul tak ejaan nye , huhu" ge makan kan POPeye... menyedapkan nye adui hai... nak makan lagi lah.... pastu balik johor..... selesai tugAS....

TU YANG TERTULIS tidak di sangka koir depan pm tu je pun huhu...

- salam -

Monday, April 25, 2011

apa kesudahan nyee....

bermula nye bulan 4 aku dah mulaaktif gerak sana gerak sini punya lah gila pada sukan dan nak bersukan bersama2kawan2 plkn.. aku sanggup gerak dari kota pergi muar berkerja tanpa gaji semata-mata latihan untuk pertandingan bulan 5 nti huhu... bagus tak aku... senin selasa rabu kompom aku kat kem plkn tanpa gaji... dan bila rabu petang or kamis aku balik kota sebab aku keje ari jumaat sabtu dan ahad...

minggu petama bulan 4 ... aku stat kerja di SMK BANDAR T6 KLUANGPROGRAM STAT KUL 9pg kerja kerja kerja sampai kul 1200 terus aku gerak tiram indah village tidoo situ .... esok pagi dah bangun kul 8 dah ade kat SK KOMPLEK UDA dari kul 8 sampai kul 1200... abis kerja terus balik semula ke tiram indah village sambung program SMK AN-NUR pontian sampai hari ahad...

petang tu balik kota pagi2 isnin terus gerak balik muar semula nak latihan sukan.. seperti minggu yang lepas tu aku balik kota ari rabu petang rehat kat umah kamis aku gerak balik tiram indah .. pagi tu lepak lepak aku terus di arah ke SAVVANAH HILL TIRAM untuk program kecemerlangan pelajar-pelajar SMKA JB hurm.. pagi sabtu pulak aku ge SMK PASIR GUDANG 2 abis keje balik semula ke savanah... petang tu abis kuar makan dengan rakan2 kerja... aku balik opis kat tiram tidoo situ.. punyalah penat sampai aku terpaksa mungkir janji nak lepak dengan rakan2 kereta waja kat danga aku kkencel kan....

ok dah nak masuk cerita nye nyee nie...

malam tu aku online fb dan youtube... sambil baring kat sofa kayu... diam diam aku dah terlelap SAMPAIIIIIIIIIII ker pagi kul 6pg aku bangun mula mula bangun tak ade pape.. makin lama makin lama

ADOOOOOOOOOOOOOOOOO tulang belakang aku sakit nak gerak pun susah nak tak nak aku ken gerak jugak sebab aku ade keje kat smk bandar tenggara 2 .. aku dah lama gila tak kena sakit nie hurm... inilah akibat tido di tempat yang tak betul tapi nak wat cam mane ingt nak baring kejap je pastu tido bawah ... huhu tak tersedar sampai kepagi upnye nyee...

sampai kat smk bandar tengtara 2 aku kuar keta jee ....... adoiiiii makin sakit.... mcm mane nak bercakap nie....

aku kerah jugak ... jumpe pulak kak leha yang dulu sama berjuang dalam kerja.. hurm.. mintak kak leha ubatkan tulang aku nie diebg uat ... risau jugak die dgn adk die nie huhu.. tq kak... keje abis kul 5 ptg....

balik umah aku tak tak mampu nak gerak dah.. sampai umha kuar keta sampai lupa nak ambik kunci keta .. mane aku letak samapi skrg tak jumpe2 .. aku mintak mak aku urut.. then mak urat.. dah macam cacing kepanasan dah kena urut... abi kena urut aku melepak kat bilik je tak kuar kuar sampai ke pagi.. sebab nak rata kan badan...

bangun pagi terus tak boleh bangun ado ape nak jadi nie terpikir pulak hurmm aku kena kuat FIRDA kuat aku pun kuat jugak ke?

pagi2 mak dah berbunyi jan bangun siap2 nti ge umah mak yah pet urut .... ado urut lagi... follow je mak lebih tau... pergi urut

sampai umah mak yah pet mcm soalan ditanya huhu.. niat kat ati mcm nak balik je nak bagi alasan ape yee....tak pee nak sihat banyak mende aku tak siap lagi... kena urut... disitulah pelbagai bunyi terhasir...

erkkkkkkkkkkkkk

arkkkkkkkkkk

\huuuuuuuuuuh......

adoooooooooo

mak tolong mak...



dah siap kena urt terus ge kota beli ubat urat saraf dgn ubat buang angin..

balik umah aku baring lagi.. tapi tak boleh tidoo pulak....

dah sampai petang aku mandi air garam pesanan dari kak leha...

aku mandi terus .. lepas mandi mata aku gatal gatal aku gosok sesedap rasa... letak timun kat mata... tau tau mata aku dah bengkak dah merah menyalahadoi..... ditambah pulak dengan selesema tanpa henti hingga kesaat ini...

dapat pulak aku sakit perpakej..

BACKBONE + MATA GATAL + RESDUNG + SELESEMA = BILA NAK BAIK NIE.....

sekian

Thursday, April 21, 2011

huhu aku nie mudah nangis rupe nye ....

huhu pagi-pagi dah bangun bagus kan aku.. awl awl dah bangkit subuh mula pengalaman baru dalam idup aku di kejut oleh sang nyamuk yg geget kaki aku dan akhirnya aku bangun yang pelik nye lepas bangun tu terus tak kena geget tu tandanya aku dikejut tapi aku tak nampak ngamuk tu huhu...

bila bangun aku mula ber Fb dan cari kawan borak hempeh tak ado den belek2 gmbar pastu teman ajak sarapan so pergi sarap.....

balik sarap aku bukak FB aku tengok2 ade komen dari yang follow blog aku oh ramai rumah nye komen.. huhu last komen baca dari akak aku kak yaiyang... die ckp terringat pasal abah.. hurm aku jadi syahdu nak nangis.. now emosi nak nangis nie kalau ade yang gosok badan aku dari belakang nie cakap kompom aku nangis huhu ...

sekian...

dulu dulu dulu lagi dah ...

masa tu aku nampak ada bebudak agak kecik sedang song atas pentas smk air tawar ...dalam hari sedang nonton nie tetiba ada lelaki naik pentas tu bagi bunga pada bebudak yang ngah song nie... huhu pastu bunga tu di campak ke belakang pentas ahak ketawa je aku nonton heheh... tak silap aku masa tu die nyanyi lagu ziana zain rasannye.... terdetik dalam hati aku nak kenal budak nie lah heheh tapi mcm mane masa di dah tingkatan 5 dah aku baru tingkatan 1 huhu.....

tau tau bebudak tu dah bis sekolah dah... aku pun sekolah mcm biasa... bila dah bis sekolah kak yayang aku pulak tanye ko nak sambung blaja mana... aku pun jawab nak belaja seni huhu... terus die bawak aku jumpe sorang pelajar uitm shah alam dalam jurusan seni persembahan.. bila sampai jeeee eh eh eh eh eh aku mcm pernah nampak budak nie... haaaaa rupanya budak yang song masa kat pentas dulu lah ahak jumpe lagi ayo ayo .. aku jadi malu pulak... niat lama tercapai jugak .. bila kalai petama pandang tu he eh aktif bebeno budak nie boleh pulak makan kat kusi tinggi bersila aku pun mcm tu jugak wakaakh...

kat situlah aku mula kenal budak niee... mula2 die tanya aku suke karoke tak.. aku pulak memang ada bakat sikit dalam song song nie.. aku pun anguk kepala dan die ajak aku karoke kat umah abg majid... kat situlah aku nampak die ketawa besoo sebab aku nyanyi lagu tiarA tapi part lagu tinggi tu aku jadi ayam pulak suara aku ahaop... so dari situ bebudak nie ajar aku song sikit sikit sampai lah ke tahap skrg nie kiranye kalau sapa-sapa bawak aku ge karoke memang tak malu lah wakakah bangga sekejap ahop....

padahal aku skrg nie ngah sakit dada nie... hurm.... nanti sambung lagi haduhaito

aku & nafas

hurm aku tido kat lantai dari jam kul 2ptg sampai 5ptg agak lama jugak tu.. bila bangun aku dapat kesan yang badan aku ada smthing yang tak berapa sedap nak aku hadapai... ya betul aku sakit DADA adoo sampai lah kesaat ini sakit nye hurm.. bila pikir2 kenapa jadi gini tak penah2 plak jadi mcm nie...

pikir punya pikir ya aku dapt tau sebab nye aku tido kat lantai sejuk dan aku pulak tak tahan sejuk so masuk lah angin kat dada yang aku pikir guano gak nak lepas kan angin nie.. tanya mat shah kena urut adolahoi... aku tak tahan kena urut tapi nak wat cam nak kena redah je supaya angin kat bada nie kuar... terpikir lah pulak sapa nak urut aku nie waktu begini nie kan kan .. hurm.... pikir dan pikir...

bila dada sakit susah nak nafas bagai ter sekat perjalanan disebabkan Trafik jem hurm... nak redah dah lampu kuning dah bersalah nak gerak salah nak berenti keta belakang laju... gitulah perumpamaan nye... now aku sesak nafas dah sikit je dapat sedut oksigen .. hurm... ado sakit pulak... hurm ...

aku terpikir lagi aku nie tak ingat diri kut tak lingkung kan diri dalam ape jua keadaan.... so aku ingat diri semula dengan bacaan AL-FATIHAH aku baik.... telah aku lakukan... hurm awk.... tapi sakit lagi ... duduk kat kusi pun sakit nak baring pun sakit nak jalan sakit nak mandu sakit juga... hurm... ingatkan kejap je sakit nye lama jugak dah berjam jam hurm...

naafas aku bermula apabila aku melangkah ke dunia realiti tapi sebelum tu aku dalam dunia air yang aku boleh hidup dalam air tapi bila dah kuar tak boleh pulak idup dalam air... huhuhu kuasa TuHAN.....

Thursday, April 7, 2011

aku hachum hachum...

waktu dari pagi hingga ke petang aku telah di lawati oleh penyakit hachum hachum bersin (s e l e s e m a @ flue)
penat tu nak tido pun susah jadi nie petang2 mcm nie aku kena makan atau minum benda2 panas barulah boleh ok rasanye ,,

aku pun  ge ke dapur tengok   apa yang boleh dimasak ...... AHAH  aku nampak megie kari 
hurm so aku buat keputusan nak buat PIZZA MEGIE KARI eheh,,

cara-cara pelaksanaan 

  •  dapatkan megie kari atau megie2 yang lain eh bahan-bahan dulu lah 
  • 1 . MEGIE kari @ perisa lain pun boleh.
  • telur , terpulang nak bape banyak  , 2 pun boleh
  • kuali 
  • cara pelaksanaan 
  • rebus megia nye dulu dalam 2minit sampai lembut.
  • dapatkan perencah kari kemudian sediakan mangkuk 
  • masukan perencah kari ke dalam mangkuk 
  • pecahkan telur tadi dan masuk kan kedalam mangkuk
  • gaul kari dan telur sesedap rasa
  • bila dah sebati tunggu megia siap direbus..
  • megie yang dah siap direbus harus dibuang air dengan cara tos-tos-tos kan air "yang kita perlukan hanyalah megia yang dah lembut...."
  • masukan megie yang dah lembut tu ke dalam mangkuk yang dah ade telur+kari...
  • gaul 3 pekara itu tadi iaitu MEGIE + KARI + TELUR ... apabila sudah sebati...
  • panas kan kuali dan tuang kan minyak secukup rasa..
  • kemudian tuang BAHAN-BAHAN YANG ADA DALAM MANGKUK berisi megie +telur+kari kedalam kuali ,,,, ratakan bahan2 tadi tunggu sekurang2nye 3 minit terbalik kan pizza itu dan hidang 
  • baca doa makan dan makan ... 

BEGINILAH APABILA PIZZA MEGIE KARI SELESAI...



HA GAMBAR TUKANG MASAK DAN HASIL NYE YAHOO DEPAN RUPENYEE..


Wednesday, April 6, 2011

< about M H M A >

JUmpa Lagi kita yerk dalam blog yang entah ape entah....

Masa tu jam menunjukkan pukul 8.32mlm hari rabu bertarikh 30 oktober 1986 ,
tu mean nye aku lahir lah "APE YANG SUSAH SANGAT KORANG NAK PAHAM NIE "
diam  tak diam aku dah mula pandai merangkak nie cecete mak akulah,
masa tu aku pandai membawa diriku tanpa diarah , dan hijab pun beum tertutup almaklumlah bebudak lagi umo, pun baru beberapa bukan nak masuk beberapa tahun diketika itu,
tetiba "sah ijan dah kuar rumah tanpa pengetahuan mak , YAYANG jerit mak aku <YAYANG TU NAMA PANGGILAN MANJA AKAK AKU "manje ke">"

yang tudung merah menyala mak ngah tu .. ha tulah aka aku YAIYANG.... yang tersuweet tudung cokelat tu mak akulah....

sambung cecet tadi... rupa2nya aku dah kuar rumah merangkak jalan-jalan petang melewati 2 rumah peneroka felda rumah wak subuh dan wak saleh , akhirnya aku sampai kt rumah wak baron tapi rumah kecik die huhu ,, masa tu mak aku cite aku nie agak nakal degil .,,, hobi aku tutup pintu je keje nyee... berbalik kepada cite yang tadi , aku ge rumah kecik wak barom aku kunci pintu rumah kecik wak barom , rupa2nye wak barom ada dalam tu sedang NGESENG <berak/buang air beso/ trow BIG WATER> huhu... terus panggilan aku dari kecik melekat sehingga aku sekolah iaitu GONJENG = budak kurang siyuman... huhu ENTAH ORG JAWE PUNYA BAHASA AKU TAK TAU SANGAT...














pandai-pandailah korang nak tengok !! (location = zoo saleng kulai)

pejam celik pejam celik aku dah umor 7 tahun huhu bermulalah persekolahan aku sekolah rendah,
kat SK DATO ISMAIL SA'ADON kat situlah bermulanye pegalaman kehidupan yang di ingati sepanjang kehidupan aku pada umor 25tahun nie,
aku bukan dalam kategori pelajar yang pandai2, kalau sekadar BM , MATE , dan mata pelajaran yang lain tu kalau tak dapat 90 ke atas bukan ijan lah namanya, tapi
masa tu DARJAH SATU  agak belagak takbur angkuh  dll yang mempunyai maksud yang sama ,, huhu
bila darjah demi darjah aku lalui aku belajar kok makin meletop gitu bukan meletop pandai tapi sebalik nye,,  pada tahun 1993 tu jugak lah aku kehilangan kasih sayang ABAH MOHD AJIS BIN MASRAN  walaupun ketika itu umo aku baru 7tahun yang tak tau apa-apa tentang hidup dan mati aku hanya pandai untuk menangis bertanyakan tentang abah pada mak,  masa majlis pengebumian  ABAH  , ada sorang makcik ajak aku pergi kubur CIK PAH  namanya , dia cakap mcm nie :"ijan jom ge tengok abah kat sana" aku pun jawap "tak nak lah takut kat sana banyak antu" bila aku semakin lama semakin membesar aku muka menyesal dengan tindakan aku sendiri sebab tak gunakan peluang untuk melihat abah depan mata buat kali terakhir... hurm NANGIS PULAK AKU KETIKA INI , BILA CERITA PASAL KISAH ABAH NIE..
berkenaan cerita abah nie aku jadikan pengalaman yang aku kongsi sama-sama pada mereka yang memerlukan huhu ...
ABAH IJAN SAYANG ABAH,
WALAUPUN ABAH DAH TELALU LAMA TINGGAL KAN  KAMI,
GAMBAR ABAH TETANG TERSEMAT DALAM DOMPET IJAN,
ABAH,,,,ABAH,,,,ABAH
IJAN SAYANG SANGAT KAT ABAH
WALAUPUN IJAN TAK SEMPAT RASA KASIH SAYANG ABAH DALAM KEADAAN SEDAR,
TAPI  MAK SELALU CITA PASAL ABAH,,,
SAYANG SAYANG SAYANG ABAH  


haa .. korang nie lah GAMBAR ABAH AKU
MOHD AJIS BIN MASRAN











nie pulak LESEN KENDERAAN TAHUN 80AN..
tertera nama ABAH..


oK MASUK ruang baru dalam blog yang sama....

KEPUTUSAN UPSR KELUAR MENYATAKAN AKU MASUK KELAS TINGKATAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR TAWAR ,,, masa tu aku masuk kelas 1 ERAT , 2 ERAT , 3 ERAT ,, untuk pengetahuan semua bermula dari sekolah menengah lah aku dapt tau satu demi satu perkara yang aku rasa WOW aku boleh buat antaranye...

  •  aku dilantik menjadi pengawas sekolah sejak tingkatan 1
  • aku masuk kelab seni budaya
  • aku masuk zapin
  • aku masuk nasyid
  • aku masuk dikir barat
  • aku masuk teater
  • aku masuk kelab soflball
  • aku masuk kelab petanque
  • aku masuk PERSATUAN KADET POLIS 
  • aku tumpang  PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
  • aku masuk pertandingan KARAOKE 
  • aku masuk PSSPGM <kejap je>
  • aku masuk PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
senang cite aku  antara pelajar yang aktif KOKURIKULUM  bab-bab KOKO NIE AKU NO 1  tapi bab-bab belajo nie huhuhu agak gagal sikit wakakah...

aku malas sikit nak ingat pasal sekolah -sekolah nie huhu sebab aku bukan belajar bagus dalam exam exam huhu... PMR KELAUT SPM KELAUT Dalam HUHU... bikin mak nangis aje ku huhu... oklah setop sampai sini perjalanan umo 1 hingga 17.... 

-bye-
-mhma1653-

Saturday, April 2, 2011

today MEAN hari ini

Awal pagi dah bangun dah hurm awal ke jam pukul 7.15am HADOI aku lambat sudah..... xtvt setat kul 8pg hurm.. dengan pantas aku masuk BILIK kat bilikair....


SITUASI DALAM BILIK AIR : 


Aku basuh muka dengan selebetnye wajah bangun tido dengan muka bergarit disebabkan bantal berkedut ahak..   take berus gigi gosok dengan gelojoh HADOI berdarah pulok gusi den.. ayo tak tau ayotak tau mcm mane nak buat nie..."bukan hari2 ke gusi aku berdarah huhu , terlupo pulok(style STACY)" terus keluar bilik air..


SITUASI KeLUAR BILIK AIR : 


Mesti terdetik terpikir tersangka terandai , cepat nye mandi kan huhuh , ha ah aku memang cepat mandai tak suke lama2 dlm bilik air heheh {tu namanya tak mandi tak paham ke ahop}.. dengan pantas capai bedak wangi siap semua pakaian OUTDOOR , aku terus capai minyak wangi pulaa haa kan mcm mandi kan perkena minyak rambut atas meja (sapa punya entah) capai sikat terus tersiap rapi aku pada waktu itu jam menunjukan 7.50 huhu.. siap sudah. aku pun terus menuju ke teman yg nak di tuju di tujukan kepada semua pembaco..... 


SITUASI DI TEMPAT NAK DITUJU :


memakan masa 10                      saat je bermakna bilik sebelah je huhu... pungah peralatan untuk flyfox... masuk dalam keta itam mati huhu.. dibantu oleh HAJI adk Machah.. terus ke tempat yang dituju,,,, JOM JOM JOMatunko....tutt tutt tutt tutt ... ado panggilan poluk eh.. "aku bawak phone buat ape kang masuk kat air sajo jo tak dpt hubung teet teet"... oooo CKG TIB KOL "bib eh salah.. BEB minum sarap beb , den jawap HOKEE" dan makan dan makan terus dengan pantas aku gerak ke tapak flyfox.. aku rasa rajin pulak nak flyfox bebudak ari niee... bila semua dah siap tepat.tepat jam 8.00pg bebudak dah siap.....


SITUASI DI FLYFOX : 


sedang asyik menunggu bebudak ,,, aku dpt idea pulok nak borak dengan mereka dan aku pun cakap ... "IF I SAY HELLO ALL OFF U MUST REPLY HAI OK, AND THEN IF I SAY HAND UP , U ALL CLAP YOUR HAND AND SAY SHUUUUT,, SIILENT OK !!! " bila aku pikir balik aku nie tak lah bongok sangat dalam bahasa ingeris nie tapi tu pun cakap sambil memikir nak sebut perkataan apa haha.. and after that....... "INSTRUKTOR WHAT HAPPEN ACCULY , I DONT HAVE IDEA WHAT KE HAPPEN NYE" rupa2nya cikgu sekolah yang aku dgn member nak buat outdoor pagi tadi cancel kan semua xtvt , alasanye malam tadi hujan takut bebudak mengalami kecederaan MOTIFFFFFFF.. ala takut balik lambat kan senang jawapan nye hurm... ape lah susah sangat ... aku dan kawan-kawan rasa rasA raSA rASA RASA..... RASA NAK MELOMPAT KEGEMBIRAN DISEBABKAN KAMI SEMUA KEPENATAN KELETIHAN MATA TAK CUKUP TIDO PENAT........ jadinya kami sambung semula tido keinginan selepas pemberitahuan semua xtvt batal haha.... 


SITUASI SELEPAS ITU : 


memang niat nak tido tapi kan bila borak punya borak .. member kol... ajak ge rumah arol die kawin ari nie kat waha jadinya aku pun oke jee.. asalkan tak naik keta aku sebab tak ade minyak huhui....waktu jam dah menunjukan pukul 10.00pg... die cakap nak gerak cari gelang patah jam 11.30 so aku ade masa nak rehat kejap hehehe...panjang nye lagi nak taip kesah hari ini hurm.... nak sambung ke tak nak sambung ke tak .. sambung lah nanti-nanti.....


SITUASI AKHIR :


aku bosan aku bukak blog crazycrazybib aku dengar lagu tu sampai tertido... bangun tido dah tak boleh tido aku pun bukak leptop (nampak no menipu kan ke leptop awok tu tak tetutup kan on aje kan dengar lagu) hurm ape aku nak buat nie hurm.... bukak lagi crazycrazybib aku pun bukak blog aku dan aku pun taip sehingga ke saat ini jam 7.09ptg..... BYE





Friday, April 1, 2011

Aku Penat Rupanya....

Berpandukan pada tajuk kat atas memang fokus nye pada aku lah kan tuan punya badan , aku penat gila ,gini citenye ,

1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9
4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,pnt nih..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja k





SEKIAN TERIMA KASIH.....