Tuesday, September 13, 2011

Skrip Untuk Persembahan Di Ambang Kemerdekaan 54 kem PLKN Nasuha Pagoh

Skrip Sketsa “DI AMBANG MERDEKA ”
PERJUANGAN BELUM SELESAI
BABAK 1

“Pernaklukan Komunis di bumi malaya mungkin belum bergitu meluas sehingga ke kawasan kg tualang , dengan Suasana Tenang Di Kampung selalunya di selang selikan dengan kehijauan flora dan fauna yang mengindah dengan kicauwan burung-burung berbunyi riang ria di halaman kampung ……..“

Bapak :
Ton oh ton…. Bawakan sedikit minuman sejuk , minta di hidangkan ,
supaya anak Sulung kita pulang dari berkebun ,boleh lah menghilangkan sedikit rasa dahaga ……

Emak :
Baik abang…..
(sambil membawa hidangan minuman yang di minta oleh bapaknya , kemudian Si emak duduk si sebelah bapaknya dan berborak-borak )

Bapak :
Terima Kasih Ye ton , (sambil minum sedikit air yang di hidang) Ton , ton , abang rasa macam tak sedap hati lah hari ni.. rasa macam ada sesuatu yang tak baik je belaku hari nie….

Emak :
Apa abang merepek nie , abang nie buat ton memikirkan tentang peristiwa kat umah keluarga abah je , jangan lah di pikirkan yang bukan-bukan abang ….

Bapak :
Hurm … yelah mungkin mainan perasaan je rasanya….. mudah-mudahan tiada apa-apa yang belaku…





“Dalam rancak berborak-borak , kepulangan anak sulung yang di tunggu sejak tadi hadir di keheningan waktu petang yang tenang………”

Sulung :
Assalamualaikum…. Oh Assalamualaikum……. Emak …. Bapak…. Sulung sudah pulang nie….( Sulung berjalan dari tengah-tengah pentas dan bergerak menuju ke atas pentas )

Bapak & Emak :
Waalaikumsalam…..
( Sambil bapak & emak bangun menyambut kepulangan anak sulung bernama sulung naik ke tangga rumah )

Sulung :
Bapak , mak tadi semasa pulang dari tempat berkebun , sulung Nampak sekumpulan komunis sedang memukul anak muda yang berkumpul , mereka takut anak-anak muda mewujudkan kumpulan menentang Komunis pak ,

Bapak :
Nasib lah kamu tidak terlibat sama , hurm……..(sambil mengeluh)

Emak :
Kenapa abang mengeluh nie , mesti ada sesuatu yang di pikirkan di kepala .

Sulung :
Ha ah , pak kenapa mengeluh nie , kalau ada sesuatu nak di katakana bagitau sahaja lah pak ,

Bapak :
(dengan nada emosi )Bapak nie mengenangkan nasib Negara kita nie , adakah Negara kita ini akan mendapat kebebasan tanpa di jajah oleh golongan penjajah nie . ya allah bantulah kami ya allah .. (mengeluh )

(sambil mengenang nasib)



Emak :
Sulung kamu tak Nampak adik kamu ke semasa pulang ke rumah tadi , dari tengah hari tak Nampak Nampak .

Sulung :
Entah lah mak sulung tak perasan pula , mungkin masih ada di pondok bersama rakan-rakan nya.

Orang Kampung :
Orang kampung lari… lari… lari…. komunis datang lari lari …….

‘orang kampung lari dari arah kanan ke kiri pentas , menandakan kekacauan kerika kedatangan komunis ke kawasan kampung tualang…..’’

Emak :
Ya Allah , abang komunis dah sampai kampung kita abang , apa nak buat nie
(dalam keadaan cemas)

Bapak :
Dah … dah masuk dalam rumah kunci semua pintu ton , sulung masuk cepat .. masuk…. (dalam keadaan emosi , mengarahkan ton dan sulung masuk ke dalam rumah, tetapi sulung tertinggal barang di halaman rumahnya )

“Dalam keadaan haru biru orang kampung berkeliaran lari , keluarga Rahmat hanya mampu menyorokkan diri di dalam rumah , hanya ALLAH yang mengetahui betapa takutnya mereka dengan kuasa komunis yang tidak mengenal erti peri kemanusiaan ,komunis datang kerana mencari anak muda lelaki untuk di pancung kerana komunis menjangkakan anak muda lelaki akan membuat pakatan untuk menentang komunis , AKHIRNYA………..komunis tiba di kawasan rumah Keluarga Rahmat dalam keadaan marah dan mencari-cari”

*komunis berkomunikasi dalam pelat melayu – cina….

Ketua Komunis :
Kamu periksa ini rumah , kalau ada orang bawah itu semua orang keluar ,

“setelah di periksa , rahmat dan zaiton di bawa keluar , kecuali sulung kerana menyorok tempat tersembunyi “

Bapak :
Tolong tuan kami tak ada apa-apa harta tuan , kami miskin tuan …

Emak :
Ya Tuan kami miskin tuan .

Pembantu Ketua Komunis :
Kami datang mahu cari orang muda lelaki ,

Emak & Bapak :
(saling berpandangan) kami tiada anak tuan , kami hanya hidup berdua tuan kami tiada anak tuan .

Pembantu Ketua Komunis :
Betul kamu tiada anak muda lelaki ? kalau kamu bohong kamu akan di pancung kepala kamu tau .

Bapak :
Betul tuan kami tiada anak .

Orang Bawahan Komunis :
(sambil mengambil sesuatu kepunyaan sulung yang menandakan rahmat dan zaiton menipu , sambil berbisik kepada pembantu komunis)

Pembantu Ketua Komunis :
(Berbisik kepada ketua komunis , tentang pembohongan rahmat dan zaiton berkenaan anak lelaki mereka iaitu sulung)

Ketua Komunis :
Kamu sangat berani berbohong dengan tentera komunis , kamu sendiri tahu balasan pada mereka yang berbohong dengan tentera komunis

“ketua komunis mengarahkan orang bawahan nya untuk memancung kepala rahmat dan zaiton , ketika itu juga sulung hanya memerhatikan peristiwa itu di hadapan matanya dibalik tempat persembunyianya , dikala itu juga rahmat dan zaiton diperlakukan seperti binatang di sepak terajang tanpa belas kasihan , sulung tidak dapat menahan lagi api amarahnya dan sulung bertindak tanpa pikir panjang”

Sulung :
Woi…. (sulung ditangkap oleh orang bawahan komunis)
Anjing komunis jangan kau fikir komunis akan dapat menakluk Malaya ini dengan senang , kami orang-orang Malaya akan pertahan kan Malaya ke titisan darah yang terakhir sekali pun .. pergi jahaman dengan kau komunis lahanat ,
Allah Huakbar

Ketua Komunis :
Tangkap orang muda itu , ikat tangan mereka bertiga pancung kepala mereka
Pancung kepala mereka… ha ha ha ha ha….

“diketika itu , rahmat zaiton dan sulung telah di ikat dan akan dipancung ”

Bapak Zaiton :
Allah Huakbar , Allah Huakbar ,

Sulung :
(Sulung menjerit sekuat hati , melihat mak dan bapaknya di pancung tentera komunis)
Makkkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkk . Perjuangan Belum Selesai….

“selepas menjerit ayat perjuangan belum selesai akhirnya sulung di pancung…… kemudian orang-orang komunis beredar meninggal kan mayat-mayat rahmat zaiton dan sulung…..”



BABAK 2

“Disuatu sudut yang lain kelihatan lima rakan-rakan yang muda belasan tahun , sedang belajar dan berborak tentang cita-cita pada masa hadapan”

Ejah :
Ajak.. nanti kalau ko dah habis belajar , ko nak keje ape eh….

Ajak :
Aku kalau ditakdirkan panjang umur kan , aku nak kawin dengan anak orang kaya dulu , pastu aku tak payah keje dok umah je , mesti bapak mertua aku bagi duit punya hahahahaha…

Malik :
Wei ejah … ko Tanya si ajak nie tak ada maknanya , belajar pun malas lagi nak kawin anak orang kaya puieeee….

Saripah :
Ha ah lah malik betul cakap ko tu aku setuju .. si ajak nie kalau kita Tanya apa-apa bukan nye nak jawab betul betul nak main-main je kejenye. Panjang umur lah kawin anak orang kaya lah… apa pun tak boleh lah ko nie jak…..

Samad :
Apa lah korang nie tak baik cakap macam tu pada ajak , dia pun ada hati dan perasaan , setiap orangkan ada cita-cita masing-masing… biarlah dia nak bercita-cita nak kawin dengan anak orang kaya , kesian dia tengok muka dia dah berubah dah nak nangis dah ajak nie ….. dah dah ajak ala ala ala majuk pulak dah…. Tapi kan jak bila pikir balik tentang cita-cita ko nie , siapa yerk anak orang kaya malang yang nak jodohkan anak dia dengan ko yerk…
(sambil menolak samad ketepi sehingga jatuh ke bawah kerusi , dan mereka semua ketawa tanpa henti…)

Ajak :
Alah samad ko sama je macam dia orang nie… (muka merajuk )

Saripah :
Wei… korang korang … umo kita dah dekat 18 tahun erk …. Dah besooo erk kita semua erk …

Malik :
Ha ah kan … dah beso kan kita semua … sebaya plak tu hahaha…

Ajak :
Samad…. Si leman mana , kan ko selalu dengan dia , hari nie ko tak datang dengan die pulak mad kenapa ?

Samad :
Entahlah jak aku datang rumah dia tadi tapi , mak dia cakap dia tak ada kat rumah , aku pun terus ke sini , kejap lagi datang lah tu , bersabar yeee, , ,

“Leman terkenal dikalangan rakan-rakan kerana gurauan yang boleh bikin pecah perut tetapi ketika itu , Dalam keadaan riuh rendah di sebabkan gelak ketawa lima rakan-rakan tadi tiba-tiba mereka semua terdiam kerana kedatangan Leman dalam keadaan kalang kabut dan tak tentu arah , semuanya terdiam ”

Leman :
(Terdengar dari jauh suara leman memanggil samad…)
Samad…. Samad… samad……
(Leman jatuh di hadapan samad)

Malik , Ajak , Ejah & Saripah :
Leman kenapa nie . apa masalah nie . kenapa ketakutan sangat nie … bagi tau lah…



Samad :
Man kenapa nie … bagitau pelahan-pelahan , kami dengar penjelasan kau…

Leman :
(Leman dalam keadaan menangis , ketakutan)
Samad aku nak bagi tau pekara sedih pada kau nie , harap kau bersabar ,

Samad :
(Samad tak senang dengan kenyataan leman)
Kenapa nie man , aku dengar nie bagi tau lah…

Leman :
(Sambil mencekak baju samad)
Mad… bapak kau emak kau abang sulung ko kena pancung dengan komunis mad….

“setelah mendengar kenyataan leman , samad naik marah dan menumbuk leman sehingga leman jatuh ke tanah semula , dan mereka bergaduh tetapi di asingkan oleh malik ,ajak , saripah , ejah…..”

Samad :
Leman kita kawan dah lama kau jangan nak bergurau gila dengan aku macam nie man , jangan sampai pekara nie boleh buat kita putus hubungan sahabat man…

Leman :
Mad aku tak akan gurau dengan perkata bodoh macam ni samad … tapi apa aku cakap nie pekara betul mad … tadi aku nak datang sini aku tegerak nak lalu depan rumah kau , apa yang aku Nampak komunis sedang menyerang keluarga kau , sampai lah bapak kau emak kau dengan abg sulung kau kena pancung mad…. Aku terus datang sini nak bagi tau kau mad , kalau ko tak pecaya pergi rumah kau sekarang ..
“Mereka ber enam bergerak kearah rumah samad”

Malik , ajak , Saripah Dan Ejah :
Aku nak ikut jugak….

BABAK 3

“Mereka sampai ke kawasan rumah Samad ,dan …….”

Samad :
Makkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkkkkk , Abangggggggg
(Samad menjerit sekuat hati ,)
Komunis tak guna , kurang ajar , aku bunuh kau komunis sial……
(berlari turun ke tengah pentas , tetapi di tahan oleh leman dan malik)

Malik :
Mad bawah bersabar mad aku pun geram dengan komunis tu tapi kita kena fikir , mampu ke kita nak menentang komunis ,

“Sedang masing-masing mencari kain-kain untuk menutup jenazah rahmat , zaiton dan sulung , kedengaran dari jauh suara komunis datang ke kawasan rumah samad , rupa-rupanya orang-orang bawahan komunis telah mengintip pergerakan mereka bersahabat dan telah memberitahu kepada ketua komunis bahawa ramai anak muda berkumpul dan pelu di pancung kepala mereka , dan akhirnya komunis berada di rumah samad dan mulalah pergaduhan dan peristiwa berdarah ……..”

Samad :
Komunis Lahanat aku bunuh kau

‘’samad menyerang komunis , tetapi di tahan seorang demi seorang rakan-rakan samad di ikat tangan dan di pancung kepala sehinggalah giliran samad yang terakhir…..’’

Samad :
Perjuangan Belum Selesai Allah Huakbar…… Zasssssss


“PERJUANGAN BELUM SELESAI”